Program Introducing Broker (IB) JustMarkets direka untuk menawarkan struktur komisen yang kompetitif berdasarkan aktiviti pelanggan referral (pelanggan dirujuk oleh rakan kongsi). Artikel ini akan menerangkan cara komisen IB berfungsi, jumlah komisen yang anda boleh peroleh, waktu pembayaran, dan di mana anda boleh lihat pendapatan secara terperinci.
1. Jenis komisen
Sebagai rakan kongsi JustMarkets, anda akan meraih peratusan daripada spread, bagi setiap dagangan yang dibuat oleh pelanggan referral. Nilai peratusan ini bergantung kepada jenis akaun dagangan pelanggan anda dan level rakan kongsi. Lebih aktif pelanggan anda berdagang, lebih tinggi potensi pendapatan anda. Kadar komisen berbeza mengikut jenis akaun, sekali gus menawarkan peluang meraih pendapatan yang fleksibel kepada rakan kongsi.
2. Kadar komisen
Peratus komisen daripada spread berbeza mengikut Level Rakan Kongsi IB anda. Kelayakan level anda akan menentukan jumlah komisen yang anda terima. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara level rakan kongsi dan bagaimana cara untuk layak ke level lebih tinggi, sila rujuk artikel kami: Apa itu syarat kelayakan setiap level dan bagaimana ia berfungsi?
Untuk maklumat terperinci mengenai komisen untuk setiap instrumen dagangan, sila lawati Dashboard di seksyen Rakan Kongsi anda.
3. Jadual pembayaran
Komisen IB JustMarkets akan dikreditkan ke dalam akaun IB anda setiap hari. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu kitaran pembayaran yang panjang – jumlah komisen anda akan dikemas kini dan boleh dikeluarkan setiap hari, sekali gus memudahkan anda menguruskan aliran tunai anda dengan lebih cekap.
4. Bagaimana cara menyemak komisen yang anda peroleh
Terdapat dua cara untuk anda memantau pendapatan komisen IB anda:
Melalui laman web JustMarkets:
- Log masuk ke Ruang Peribadi anda.
- Pergi ke bahagian “Papan Pemuka”.
- Anda akan melihat bahagian Baki, di mana komisen yang telah anda kumpulkan akan dipaparkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran komisen rakan kongsi, sila rujuk artikel kami: Bagaimana Cara Buat Pengeluaran Komisen Rakan Kongsi
Sertai Sebagai Rakan Kongsi JustMarkets
Sebagai Rakan Kongsi IB JustMarkets, komisen anda akan meningkat seiring dengan volume dagangan pelanggan yang anda rujuk dan juga level rakan kongsi anda. Semakin tinggi level anda, semakin besar potensi pendapatan yang boleh dijana. Rujuk pelanggan sekarang dan nikmati komisen tinggi, pembayaran harian, serta program rakan kongsi yang telus dan menguntungkan.