Komisen IB (Introducing Broker) dibayar setiap hari untuk semua dagangan yang telah ditutup oleh pelanggan yang anda rujuk (referral). Struktur komisen IB adalah berbeza dan bergantung kepada pelbagai faktor seperti level partner, instrumen kewangan, jenis akaun dan volume dagangan. Untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan komisen, sila rujuk artikel Memahami Panel Maklumat Komisen Rakan Kongsi.
Peratus daripada spread
Komisen dikira dalam bentuk peratusan daripada spread.
Contoh untuk model "% daripada spread":
- Seorang rakan kongsi menerima komisen sebanyak 40% daripada spread.
- Jika seorang pelanggan membuka 1 lot XAUUSD dengan spread sebanyak 11 poin:
- Komisen = 11 poin × 1 lot = 11 (spread dalam USD) × 40% = USD $4.4
- Untuk dagangan 0.5 lot EURUSD dengan spread 20 poin:
- Komisen = 20 poin x 0.5 lot = 10 (spread dalam USD) × 40% = USD $4
Maklumat Tambahan
- Rakan kongsi akan menerima komisen penuh untuk semua akaun Copytrading.
- Rakan kongsi boleh memantau rangkaian dan pendapatan komisen dalam Seksyen Laporan di Sejarah Ganjaran. Untuk maklumat lanjut mengenai cara menggunakan seksyen Laporan, sila rujuk Artikel Panduan Lengkap Seksyen Laporan dalam Ruang Rakan Kongsi.
Artikel lengkap ini akan membantu anda faham lebih jelas tentang cara pengiraan komisen rakan kongsi dan juga cara optimumkan pendapatan rakan kongsi berdasarkan pelbagai faktor seperti jenis akaun, instrumen kewangan dan volume dagangan.