Program Kesetiaan Rakan Kongsi adalah satu cara JustMarkets menghargai rakan kongsi kami yang sentiasa memberikan komitmen tertinggi. Dengan memantau kemajuan anda dalam program ini, anda akan mendapat gambaran penuh tentang pencapaian anda dan tahu dengan tepat sejauh mana anda semakin hampir mendapatkan ganjaran eksklusif di setiap peringkat.
Anda boleh memantau secara terus status peribadi dan juga ganjaran yang bakal ditawarkan melalui Ruang Peribadi anda. Di sini, kemajuan semasa dan milestone dipaparkan dengan jelas. Program Kesetiaan ini direka sebagai suntikan motivasi dan menghargai rakan kongsi kami yang aktif, sambil mereka meluaskan lagi rangkaian referral dan volume dagangan.
Kemaskini dan Kemajuan Milestone
- Data akan dikemas kini sekali sehari dan memaparkan kemajuan berdasarkan aktiviti hari sebelumnya.
- Sekiranya anda mencapai sasaran yang ditetapkan, anda boleh membuka lebih daripada satu milestone dalam satu hari.
- Selepas melengkapkan Milestone 11, anda boleh terus menerima ganjaran sebanyak $200,000 bagi setiap tambahan USD 400 bilion volume dagangan yang layak.
Di Mana Anda Boleh Lihat Status Kesetiaan
Dalam Ruang Rakan Kongsi, Program Kesetiaan boleh diakses di halaman Dashboard. Ia mengandungi dua blok utama yang mempaparkan kemajuan semasa anda dengan jelas:
1. Blok Sasaran
- Memaparkan tiga sasaran utama anda:
- Volume dagangan yang layak
- Volume dagangan yang layak untuk tempoh 12 bulan terakhir
- Pelanggan Aktif untuk tempoh 3 bulan terakhir
- Setiap sasaran mempunyai ikon status visual:
- Kuning: sedang aktif
- Hijau: telah dilengkapkan
Anda akan dapat melihat berapa banyak lagi volume dagagan diperlukan untuk membuka milestone seterusnya
2. Blok Bar Kemajuan
- Satu bar kemajuan mendatar (horizontal) yang memaparkan setiap milestone, nama milestone tersebut, hadiah dan status kemajuan.
- Palang ini akan terisi secara berperingkat mengikut volume dagangan yang anda kumpulkan.
- Sebaik sahaja ketiga-tiga sasaran bertukar kepada hijau, milestone dianggap sebagai telah lengkap dan ikon hadiah akan berubah daripada bentuk kunci kepada checkmark.
Nota: Milestone hanya dibuka apabila ketiga-tiga sasaran telah berjaya dicapai — walaupun volume dagangan telah melebihi jumlah yang ditetapkan.
Contoh Sasaran Telah Dilengkapkan
Volume Dagangan yang Layak
Merangkumi semua aktiviti dagangan yang sah daripada pelanggan referrral, tetapi tidak termasuk:
- Dagangan yang ditandakan sebagai kesilapan, penipuan atau dilakukan secara mencurigakan.
Pelanggan Aktif
Seseorang pelanggan dianggap sebagai aktif sekiranya:
- Telah melengkapkan pengesahan penuh
- Telah membuat sekurang-kurangnya satu dagangan dalam tempoh 3 bulan terakhir
Nota: Dokumen pengesahan yang telah tamat tempoh akan menyebabkan kelayakan pelanggan terbatal sehinggalah pelanggan tersebut mengemaskininya.
Contoh:
Bulan semasa adalah April. Kali terakhir pelanggan berdagang adalah pada bulan Februari = Masih dianggap aktif.
Anda mempunyai 10+ pelanggan aktif untuk bulan Februari–April.
Volume Dagangan yang Layak untuk Tempoh 12 Bualan Terakhir
Volume dagangan 12 bulan anda mestilah sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah volume keseluruhan anda sejak menyertai program ini.
Contoh:
- Jumlah Volume yang Layak sejak menyertai program = $500 bilion
- 12 bulan terakhir = $100 bilion → 20% = ✅ Sasaran berjaya dicapai
- Ruang Rakan Kongsi akan memaparkan volume dagangan semasa anda dan jumlah yang diperlukan untuk mencapai sasaran.
Pemantauan & Dapatkan Ganjaran
Log masuk ke Dashboard Ruang Rakan Kongsi anda untuk melihat kemajuan Program Rakan kongsi anda, milestone semasa dan ganjaran yang ditawarkan.
Kekal aktif, luaskan lagi rangkaian pelanggan anda dan saksikan sendiri bagaimana pencapaian anda dihargai dengan ganjaran sebenar.