Program Kesetiaan Rakan Kongsi JustMarkets merupakan inisiaitf yang menawarkan ganjaran premium yang direka untuk menghargai dan meraikan Rakan Kongsi yang paling aktif dan komited. Melalui usaha konsisten untuk meluaskan rangkaian pelanggan dan volume dagangan, anda berpeluang mendapatkan hadiah lumayan sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan dan kerjasama berterusan bersama Syarikat kami.
Mari kita sama-sama fahami bagaimana program ini berfungsi dan apakah ganjaran yang menanti anda.
Syarat Program
Untuk layak memenangi hadiah dalam Program Kesetiaan Rakan Kongsi ini, anda perlu memenuhi beberapa kriteria berikut:
- Volume Dagangan yang Layak mesti mencapai milestone yang ditetapkan.
- Volume Dagangan yang Layak untuk tempoh 12 Bulan Terakhir mestilah melebihi daripada 20% Volume Dagangan Sepanjang Masa yang Layak.
- Anda mesti memiliki 10 pelanggan aktif untuk tempoh 3 bulan terakhir.
Dimana anda boleh semak statistik anda:
Semua kemajuan dan milestone terkini boleh dipantau secara terus melalui Dashboard Rakan Kongsi anda.
Cara Pengiraan Volume Dagangan
Volume dikira dalam USD menggunakan formula berikut:
1 lot = 100,000 unit mata wang asas (base)
Contoh:
- Pelanggan berdagang 1 lot EUR/USD → 100,000 EUR ≈ 108,000 USD
- Pelanggan berdagang 1 lot of USD/CAD → 100,000 USD
- Jumlah Volume Dagangan yang Layak: 208,000 USD
Apakah Hadiah yang Boleh Anda Menangi?
Apabila Volume Dagangan yang Layak anda meningkat, akan akan mencapai lebih banyak milestone yang membuka peluang lebih besar untuk memenangi hadiah lumayan termasuk barangan berjenama, gadjet, pengalaman mewah dan barangan elektronik premium.
Anda boleh lihat senarai lengkap ganjaran yang ditawarkan dalam Dashboard Rakan Kongsi anda.
Apa yang Akan Berlaku Selepas Milestone Terakhir Berjaya Dicapai?
Apabila anda telah berjaya sampai ke milestone terakhir dalam Program Kesetiaan, perjalanan anda tidak akan terhenti di situ.
Dari milestone terakhir, anda boleh:
- Bagi setiap $400 bilion tambahan dalam Volume yang Layak, anda akan menerima wang tunai berjumlah $200,000.
- Jadi, Program Kesetiaan ini boleh dikatakan tiada batasan — lebih banyak volume dagangan yang pelanggan anda dagangkan, lebih tinggi pendapatan anda.
Kesimpulan
Prestasi anda akan dipantau secara automatik dan semua milestone akan dikemas kini dalam masa nyata di Ruang Rakan Kongsi anda. Kekal konsisten, luaskan lagi rangkaian referral anda dan raih pengiktirafan yang sememangnya layak anda terima.
Anda memerlukan bantuan atau ada pertanyaan? Team kami bersedia 24/7 untuk membantu anda.