Artikel ini akan menerangkan bagaimana sistem rebat berfungsi untuk Rakan Kongsi JustMarkets dan bagaimana pelanggan boleh menerima rebat daripada aktiviti dagangan. Anda juga akan melihat contoh yang jelas bagi membantu anda memahami pengiraan rebat.
Apa Itu Rebat?
Rebat merupakan sebahagian daripada komisen IB (Introducing Broker) yang dikongsikan oleh Rakan Kongsi kepada pelanggan mereka. Ia berfungsi sebagai ganjaran atas aktiviti dagangan pelanggan serta membantu dalam meningkatkan kesetiaan dan mengekalkan pelanggan.
Rebat ialah:
- Diaktifkan secara default untuk semua Rakan Kongsi
- Dikonfigurasi secara manual bagi setiap akaun dagangan. (Lihat: Cara menguruskan rebat)
- Dikreditkan secara automatik sekali setiap hari ke dalam akaun dagangan pelanggan
Bagaimana Cara Rebat Dikreditkan?
Apabila anda telah menetapkan peratus rebat untuk sesebuah akaun dagangan pelanggan, sistem akan membuat pengiraan dan memindahkan rebat secara harian berdasarkan:
Formula:
Rebat = Komisen diterima x (% Rebat ÷ 100)
Contoh
Contoh 1: EUR/USD – Akaun Standard
- Level Partner: Silver
- Komisen Diterima: $7
- % Rebat: 40%
Pengiraan:
- 7 × (40 ÷ 100) = $2.80
- Pelanggan menerima rebat bernilai $2.80
Contoh 2: WTI – Akaun Pro
- Level Partner: Advanced
- Komisen Diterima: $20
- % Rebat: 75%
Pengiraan:
- 20 × (75 ÷ 100) = $15
- Pelanggan menerima rebat bernilai $15
Kesimpulan
Rebat merupakan medium pemasaran yang sangat membantu untuk rakan kongsi.
Ia membantu anda mengekalkan pelanggan, meningkatkan volume dagangan dan menambah keseluruhan pendapatan IB anda.
Untuk sebarang sokongan atau pertanyaan, sila hubungi pihak kami melalui Hab Sokongan
- Sila pergi ke Hab Sokongan
- Klik kategori ‘Kerjasama’
- Pilih isu yang berkenaan
- Masukkan permintaan anda pada ruang penerangan dan hantarkan tiket