Artikel ini akan membantu Rakan Kongsi memahami dan menyelesaikan isu yang lazim berlaku berkenaan pembayaran rebat. Jika pelanggan anda masih lagi tidak menerima rebat mereka, jangan risau kerana penyelesaiannya mungkin lebih mudah daripada yang anda sangka.
Di JustMarkets, rebat akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun dagangan pelanggan sekali setiap hari dan akan ditolak daripada komisen yang diperolehi oleh Rakan Kongsi.
Berikut antara sebab utama mengapa pelanggan tidak menerima rebat dan juga panduan untuk menyelesaikan setiap situasi.
1. Rebat Tidak Disetkan untuk Akaun Dagangan
- Punca: Rebat disetkan secara berasingan untuk setiap akaun dagangan. Jika pelanggan membuka akaun dagangan baharu, tetapan rebat tidak terpakai secara automatik. Pelanggan mesti membuat tetapan secara manual bagi setiap akaun.
- Penyelesaian: Semak tetapan rebat di Ruang Peribadi anda untuk akaun dagangan tersebut: Senarai Rebat Pelanggan.
2. Pelanggan Tidak Menutup Order
- Punca: Rebat dikreditkan hanya untuk dagangan yang ditutup sahaja. Sekiranya pelanggan masih mempunyai order yang belum ditutup, komisen tidak akan dijana dan rebat tidak boleh digunakan.
- Penyelesaian: Tunggu sehingga pelanggan menutup dagangan. Rebat akan dikreditkan secara automatik pada kitaran hari berikutnya.
3. Isu Teknikal
- Punca: Dalam keadaan yang jarang berlaku, isu teknikal mungkin menyebabkan rebat tidak dikreditkan walaupun semua syarat lain telah dipenuhi.
-
Penyelesaian: Sekiranya isu yang anda hadapi tidak sepadan dengan alasan yang dinyatakan di atas, sila hubungi pihak kami melalui Hab Sokongan
- Sila pergi ke Hab Sokongan
- Klik kategori ‘Kerjasama’
- Pilih isu yang berkenaan
- Masukkan permintaan anda pada ruang penerangan dan hantarkan tiket