Program Kesetiaan Rakan Kongsi JustMarkets ialah program premium untuk rakan kongsi aktif yang membolehkan anda menerima ganjaran luar biasa dalam bentuk hadiah mewah atas kerjasama yang setia dan bermanfaat dengan Syarikat kami. Ketahui butiran lanjut tentang cara anda boleh menerima hadiah-hadiah bernilai ini.
Bagaimana cara untuk mendaftar dalam Program?
Semak kelayakan penyertaan anda dalam Program Kesetiaan: Terma & Syarat.
Berinteraksi dengan klien untuk meningkatkan aktiviti perdagangan mereka dan mencapai pencapaian yang lebih tinggi.
Semak perkembangan di Ruang Rakan Kongsi anda untuk kekal seiring dengan pertumbuhan anda.
Capai pencapaian yang lebih tinggi dan dapatkan hadiah yang semakin bernilai daripada JustMarkets.
Apakah keperluan-keperluan yang perlu saya penuhi untuk layak mendapat hadiah?
Terdapat 2 kriteria yang penting dalam perkembangan anda:
Volum perdagangan yang layak hendaklah mencapai sasaran.
Bilangan Pelanggan Aktif Baharu dalam tempoh 3 bulan kalendar terakhir mestilah sekurang-kurangnya 10 orang.
Bagaimana keperluan-keperluan itu dikira?
Isipadu dagangan yang layak dikira untuk setiap klien yang mendaftar di bawah anda sejak tarikh pendaftaran anda, dan untuk Rakan Kongsi sedia ada sejak tarikh pelancaran Program Kesetiaan Rakan Kongsi. Isipadu dagangan yang layak tidak termasuk isipadu dagangan yang berpunca daripada kesilapan, penipuan atau sebarang operasi yang meragukan. Isipadu yang dijana oleh klien dalam jenis akaun Welcome tidak dianggap sebagai "isipadu dagangan yang layak".
Bilangan pelanggan aktif baharu untuk tempoh 3 bulan kalendar terakhir perlu sekurang-kurangnya 10 atau lebih. Definisi "Pelanggan Aktif Baharu" ialah pelanggan yang mempunyai sekurang‑kurangnya 7 hari dagangan unik dalam tempoh 3 bulan selepas dagangan pertama mereka. Pengecualian: Hari di mana posisi bersih pelanggan ialah sifar (dikunci sepenuhnya/dagangan lindung nilai) tidak dikira sebagai hari dagangan aktif.
Jika anda menjana volume dagangan tetapi tidak memenuhi syarat 10 Pelanggan Aktif Baharu, volume tersebut akan diletakkan di bawah status "Volume Belum Selesai" buat sementara waktu. Jika anda berjaya memenuhi syarat 10 pelanggan tersebut sebelum berakhirnya bulan semasa, Volume Belum Selesai akan dibuka secara automatik dan ditukarkan kepada Volume Dagangan yang Layak, seterusnya mengaktifkan mana-mana naik taraf pencapaian yang berkaitan. Jika anda gagal memenuhi syarat 10 pelanggan sebelum berakhirnya bulan semasa, jumlah Volume Belum Selesai untuk bulan tersebut akan luput (diset semula kepada 0) dan tidak akan ditambah pada bar kemajuan.
Peruntukan Tempoh Penangguhan
Untuk Rakan Kongsi Sedia Ada: Tempoh Penangguhan selama 2 bulan akan dilaksanakan sebaik sahaja program yang telah dikemas kini dilancarkan. Sepanjang tempoh ini, semua volume dagangan yang dijana akan dikreditkan serta-merta sebagai Volume dagangan yang layak. Namun, untuk mengaktifkan pencapaian dan mendapatkan ganjaran sepanjang Tempoh Penangguhan ini, Rakan Kongsi sedia ada mesti mengekalkan sekurang-kurangnya 10 Pelanggan Aktif (termasuk kombinasi jumlah rakan kongsi aktif semasa dan baharu).
Untuk Rakan Kongsi Baharu: Tempoh Penangguhan diaktifkan serta-merta apabila Rakan Kongsi menerima pendapatan IB yang pertama dan Tempoh Penangguhan ini kekal berkuat kuasa selama tempoh hari kalendar yang ditetapkan (30 hari). Sepanjang tempoh tersebut, semua volume dagangan yang dijana akan dikreditkan serta-merta sebagai Volume dagangan yang layak, dan syarat Pelanggan Aktif Baharu tidak akan berkuat kuasa buat sementara waktu, bagi membolehkan Rakan Kongsi baharu mengaktifkan pencapaian dan mendapatkan ganjaran tanpa tertakluk kepada syarat berkenaan pelanggan. Peruntukan ini kekal terpakai untuk semua Rakan Kongsi yang baru mendaftar selepas ini dan ia hanya boleh digunakan sekali sahaja.
Apa hadiah yang boleh saya terima?
Sebagai tambahan kepada pelbagai hadiah tunai, kami menawarkan anda hadiah-hadiah bernilai seperti gajet. Jam mewah, perjalanan antarabangsa, percutian kapal layar dan juga kereta mewah! Tanpa mengira pencapaian anda yang sudah capai, anda boleh sentiasa memilih alternatif wang tunai untuk hadiah bernilai jika ia lebih sesuai dengan keperluan anda. Pengurus Akaun Utama kami akan menghubungi rakan kongsi yang layak menerima hadiah di awal setiap bulan. Selepas itu, ia akan mengambil masa hampir 2 minggu untuk memproses dan menyerahkan hadiah kepada anda. Harap maklum bahawa JustMarkets tidak bertanggungjawab terhadap perkhidmatan penghantaran. Untuk maklumat lanjut mengenai terma-terma penghantaran dan jangkaan masa penghantaran, sila hubungi terus pihak penghantar.
Bagaimana saya boleh menjejak perkembangan sendiri dalam Program Kesetiaan Rakan Kongsi?
nda boleh menyemak keputusan Kesetiaan Rakan Kongsi di Ruang Rakan Kongsi halaman Dashboard. Di situ anda boleh menemui keputusan semasa anda untuk setiap sasaran dan jumlah yang tinggal untuk pencapaian baharu. Bersama dengan sasaran, anda boleh melihat perkembangan anda beransur-ansur bergerak dari satu pencapaian ke satu pencapaian, melihat hadiah yang telah dibuka untuk anda dan hadiah yang masih jauh untuk dicapai.
ila lihat Partner Loyalty Program Terms&Conditions JustMarkets untuk butiran lanjut.
