Langkau ke kandungan utama

Cara Memantau Kemajuan Progam Kesetiaan Anda

Program Kesetiaan Rakan Kongsi adalah satu cara JustMarkets menghargai rakan kongsi kami yang sentiasa memberikan komitmen tertinggi. Dengan memantau kemajuan anda dalam program ini, anda akan mendapat gambaran penuh tentang pencapaian anda dan tahu dengan tepat sejauh mana anda semakin hampir mendapatkan ganjaran eksklusif di setiap peringkat.

Anda boleh memantau secara terus status peribadi dan juga ganjaran yang bakal ditawarkan melalui Ruang Peribadi anda. Di sini, kemajuan semasa dan milestone dipaparkan dengan jelas. Program Kesetiaan ini direka sebagai suntikan motivasi dan menghargai rakan kongsi kami yang aktif, sambil mereka meluaskan lagi rangkaian referral dan volume dagangan.


Kemaskini dan Kemajuan Milestone

  • Data akan dikemas kini sekali sehari dan memaparkan kemajuan berdasarkan aktiviti hari sebelumnya.

  • Jika anda berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, anda boleh mengaktifkan lebih daripada satu pencapaian dalam satu hari. Jika anda layak mendapat beberapa ganjaran pada masa yang sama, ganjaran akan diberikan secara berasingan pada satu-satu masa, dan pada waktu yang ditentukan oleh penganjur program ini.


Di Mana Anda Boleh Lihat Status Kesetiaan

Dalam Ruang Rakan Kongsi, Program Kesetiaan boleh diakses di halaman Dashboard. Ia mengandungi dua blok utama yang mempaparkan kemajuan semasa anda dengan jelas:

1. Blok Sasaran

  • Memaparkan tiga sasaran utama anda:

    • Volume dagangan yang layak

    • Pelanggan Aktif Baharu dalam 3 bulan terakhir

  • Setiap sasaran mempunyai ikon status visual:

    • Kuning: sedang aktif

    • Hijau: telah dilengkapkan

Anda akan dapat melihat berapa banyak lagi volume dagagan diperlukan untuk membuka milestone seterusnya

2. Blok Bar Kemajuan

  • Satu bar kemajuan mendatar (horizontal) yang memaparkan setiap milestone, nama milestone tersebut, hadiah dan status kemajuan.

  • Bar kemajuan akan diisi perlahan-lahan mengikut volume dagangan terkumpul, selagi anda memenuhi sasaran Pelanggan Aktif Baharu.

  • Sebaik sahaik sasaran bertukar warna hijau, pencapaian dianggap telah lengkap, dan ikon harga akan berubah daripada kunci kepada checkmark.

Nota: Untuk mencapai pencapaian dengan hanya berdasarkan sasaran volume dagangan hanya boleh dilakukan sepanjang tempoh penangguhan.

3. Tempoh peralihan

Semasa dalam Tempoh Penangguhan selama 2 bulan volume dagangan anda akan dikreditkan serta-merta sebagai Volume Dagangan yang Layak, dan tidak tertakluk kepada syarat "Pelanggan Aktif Baharu". Lihat lebih lanjut di T&C.


Contoh Sasaran Telah Dilengkapkan

Volume Dagangan yang Layak

Merangkumi semua aktiviti dagangan yang sah daripada pelanggan referrral, tetapi tidak termasuk:

  • Dagangan yang ditandakan sebagai kesilapan, penipuan atau dilakukan secara mencurigakan.

Pelanggan Aktif Baharu

Pelanggan Aktif Baharu ditakrifkan sebagai pelanggan yang telah melengkapkan pengesahan penuh dan mempunyai sekurang-kurangnya 7 hari dagangan yang berbeza dalam masa 3 bulan selepas melaksanakan dagangan pertama mereka. Pengecualian: Hari di mana posisi bersih pelanggan ialah sifar (dikunci sepenuhnya/dagangan dilindung nilai) tidak dikira sebagai hari dagangan aktif.

Nota: Dokumen pengesahan yang telah tamat tempoh akan menyebabkan kelayakan pelanggan terbatal sehinggalah pelanggan tersebut mengemaskininya.

Contoh:

  • Bulan semasa adalah April. Kali terakhir pelanggan berdagang adalah pada bulan Februari = Masih dianggap aktif.

  • Anda mempunyai 10+ pelanggan aktif untuk bulan Februari–April.


Pemantauan & Dapatkan Ganjaran

Log masuk ke Dashboard Ruang Rakan Kongsi anda untuk melihat kemajuan Program Rakan kongsi anda, milestone semasa dan ganjaran yang ditawarkan.

Kekal aktif, luaskan lagi rangkaian pelanggan anda dan saksikan sendiri bagaimana pencapaian anda dihargai dengan ganjaran sebenar.

Adakah ini menjawab soalan anda?