Artikel ini akan menerangkan bagaimana sistem komisen Subpartner (Rakan Kongsi Sub) beroperasi di JustMarkets serta akan menerangkan contoh yang jelas bagi membantu anda memahami bagaimana komisen dijana melalui rangkaian referral anda.
Apa Itu Komisen Subpartner?
Komisen Subpartner ialah saluran pendapatan tambahan untuk Introducing Broker (IB) yang menjemput (invite) rakan kongsi lain untuk menyertai program IB JustMarkets. Anda akan menerima peratusan tetap daripada komisen yang dijana oleh rakan kongsi yang dijemput (referral) — dikenali sebagai Subpartner anda.
- Kekerapan pembayaran: Sekali sehari
- Sumber komisen: Daripada komisen yang diperolehi oleh Subpartner anda
- Kadar Komisen: 10%, tetap dan tidak boleh diubah
Bagaimana Ia Berfungsi?
Mari kita lihat melalui contoh ini:
- Rakan Kongsi A berjaya menarik Trader B sebagai referral dalam Program IB.
- Trader B mendaftar dalam program IB dan menjadi Rakan Kongsi B.
- Rakan Kongsi B kemudian menarik Trader C sebagai referral, dan Trader C berdagang dengan aktif.
- Rakan Kongsi B meraih komisen IB daripada aktiviti dagangan Trader C. Sebagai contoh, Rakan Kongsi B meraih komisen $10.
- Rakan Kongsi A (upline kepada Subpartner) menerima 10% daripada komisen Rakan Kongsi B — iaitu $1
Mekanime komisen ini membentuk model rangkaian pendapatan yang mampan dan berpotensi untuk berkembang. Semakin aktif dan berjaya Subpartner anda, semakin banyak komisen yang anda boleh raih tanpa perlu menguruskan referral Subpartner anda.
Nota Penting
Untuk memastikan anda meraih komisen Subpartner secara berterusan, sila semak syarat terperinci di sini: Cara Untuk Mula Menerima Komisen Subpartner
Cara Untuk Mula Menerima Komisen Subpartner
Dengan memperluaskan rangkaian rakan kongsi anda serta membantu rakan kongsi baharu berkembang dalam program ini, anda berpeluang menjana pendapatan pasif melalui program Subpartner— salah satu program berpengaruh besar dalam sistem affiliate kami.
Sekiranya anda memiliki sebarang soalan atau memerlukan bantuan, sila hubungi team sokongan kami.