Mematuhi garis panduan perlindungan jenama kami membolehkan anda membina perhubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan JustMarkets. Kami mengekalkan kebolehpercayaan kami dan mengharapkan rakan kongsi juga menyokong kami tentang perkara ini. Dengan mengikut panduan ini, anda memastikan perniagaan anda berkembang dengan mampan dan telus, mendapat manfaat daripada jenama yang kukuh dan mempunyai reputasi baik yang menarik lebih ramai klien.
Untuk butiran lanjut mengenai kepentingan perlindungan jenama, sila rujuk artikel kami bertajuk "Tentang Perlindungan Jenama JustMarkets."
Penggunaan Jenama yang Sesuai dan Tidak Sesuai
Berikut adalah garis panduan mengenai penggunaan elemen jenama yang sesuai dan tidak sesuai, sekatan pada penggunaan jenama dan proses kelulusan untuk sebarang kandungan promosi.
Logo
Logo kami adalah simbol utama kepercayaan JustMarkets. Ia seharusnya digunakan dalam bentuk dan kombinasi warna yang betul: teks berwarna biru pada latar berwarna putih, teks putih pada latar berwarna biru, atau teks hitam pada latar berwarna putih. Logo tidak boleh diregangkan, diputar atau diubah dalam apa jua cara. Skalanya hendaklah berkadar dengan betul semasa format berubah.
Bahan Promo
Semasa menggunakan tajuk rentang dan bahan promosi kami, sentiasa gunakan logo syarikat yang terkini tanpa dikecilkan, disengetkan atau memutarkannya. Pastikan semua butang dan logo dalam kedudukan yang lurus. Gunakan fon Ubuntu atau Gilroy untuk tajuk dan Poppins untuk teks biasa. Semua ilustrasi hendaklah dalam format 2D, elakkan sebarang rekaan 3D.
Nama Jenama
Ejaan nama jenama kami yang betul adalah sangat penting. Ejaan yang salah boleh menyebabkan orang tidak mempercayai kami dan boleh dianggap sebagai tanda penipuan. Sentiasa gunakan "JustMarkets" sebagai ejaan rasmi.
Mesej Promosi
Semua mesej promosi hendaklah realistik dan jujur. Jangan kelirukan klien dengan menjanjikan pendapatan yang mudah atau segera. Gunakan kata-kata cadangan kami untuk membina hubungan yang kukuh, dipercayai dengan klien-klien.
Mencipta URLs
Apabila mencipta domain, jangan gunakan nama jenama JustMarkets. Amalan ini boleh menyebabkan klien tidak mempercayainya dan menjauhkan bakal-bakal klien.
Penafian
Untuk memastikan ketelusan, sila jelaskan bahawa JustMarkets tidak memiliki atau mengendalikan laman web dan media sosial anda. Untuk media sosial, gunakan penafian seperti "Halaman ini tidak dimiliki atau tidak dikendalikan oleh JustMarkets" atau "Halaman ini dimiliki dan dikendalikan oleh rakan Kongsi rasmi JustMarkets." Untuk laman web, pastikan yuran, caj dan komisen dipaparkan dengan jelas, bukan disembunyikan dalam bentuk tulisan yang kecil dan sertakan pautan ke mana-mana sumber awam yang anda gunakan sebagai rujukan.
Sekatan dalam Penggunaan Jenama
Amalan-amalan tertentu sangat dilarang apabila menggunakan jenama JustMarkets:
- Jangan gunakan kandungan yang lucah, biadap atau pornografi.
- Elakkan daripada membuat pautan ke sumber-sumber yang mengandungi maklumat tidak sesuai.
- Jangan sebut tentang perjudian atau kasino.
- Elakkan daripada membuat mel spam pada rangkaian sosial atau melalui e-mel.
- Jangan gunakan kandungan footer daripada laman web kami.
- Jangan gunakan logo yang mempunyai hak cipta, bendera negara atau nama/logo pengawal selia kewangan.
Sebagai tambahan, kami bekerjasama dengan ahli-ahli perniagaan serius yang komited dalam amalan perniagaan yang beretika. Oleh itu:
- Jangan rujuk ahli keluarga sendiri, rakan-rakan atau kenalan anda untuk berdagang di platform kami.
- Pelbagaikan pangkalan klien anda; pendapatan anda tidak seharusnya bergantung pada seorang klien.
- Jika lebih 30% daripada pendapatan anda datang daripada seorang klien, kami mungkin menyemak terma-terma kerjasama kami dengan anda.
- Kami berhak untuk menyemak bilangan atau kekerapan bayaran jika bayaran komisen melebihi pendapatan daripada spread.
Banyak lagi sekatan yang mungkin dikenakan, sila semak Perjanjian Broker Pengenalan untuk butiran lengkap.
Proses Kelulusan
JustMarkets berhak untuk meminta dan menyemak sebarang bahan promosi, termasuk imej, bahan kreatif, halaman penambat dan e-mel pada bila-bila masa. Jika kandungan-kandungan itu tidak mematuhi dasar-dasar kami, kami mungkin meminta anda mengubahnya bagi memastikan ia selaras dengan standard perlindungan jenama kami.