Maklumat komisen rakan kongsi
Panel memaparkan tahap rakan kongsi semasa anda, tahap rakan kongsi seterusnya dan terakhir yang tersedia untuk anda. Mengklik tahap rakan kongsi akan memaparkan struktur ganjaran rakan kongsi untuk semua jenis akaun. Anda juga boleh beralih kepada tahap rakan kongsi berbeza untuk menyemak kriteria kelayakan.
Komisen tetap setiap lot
Bahagian ini memaparkan jenis akaun perdagangan utama dan pembayaran maksimum komisen rakan kongsi dalam USD yang boleh diterima daripada jenis-jenis akaun ini.
Mengklik “Semak kumpulan instrumen” memberi jadual ganjaran tepat yang diberikan berdasarkan instrumen sebenar. Jadual memaparkan kemungkinan ganjaran yang boleh anda terima jika menaik taraf ke tahap rakan kongsi seterusnya.
Tempoh Kelayakan Komisen
Kriteria kelayakan
Indikator perkembangan memaparkan trading volume klien-klien anda dan bilangan klien aktif untuk tempoh yang ditetapkan dalam tempoh kelayakan. Ia memaparkan perkembangan untuk mengesahkan tahap semasa atau mencapai tahap seterusnya.
Bilakah tahap rakan kongsi bertukar?
Pada bila-bila masa anda layak untuk tahap rakan kongsi seterusnya, ia akan dikemas kini secara automatik pada keesokan harinya. Jika matlamat tidak dicapai, ia akan diturunkan dan ini berlaku pada hari pertama bulan berikutnya.