Komisen IB (Introducing Broker) dibayar setiap hari untuk semua dagangan yang telah ditutup oleh pelanggan yang anda rujuk (referral). Struktur komisen IB adalah berbeza dan bergantung kepada pelbagai faktor seperti level partner, instrumen kewangan, jenis akaun dan volume dagangan. Untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan komisen, sila rujuk artikel Memahami Panel Maklumat Komisen Rakan Kongsi.
Peratus daripada spread
Komisen dikira dalam bentuk peratusan daripada spread.
Contoh untuk model "% daripada spread":
1 lot XAUUSD, spread 11 mata
Spread dalam USD: 11 mata × 1 lot = $11
Komisen rakan kongsi (40%): $11 × 40% = $4.4 USD
0.5 lot EURUSD, spread 20 mata
Spread dalam USD: 20 mata × 0.5 lot = $10
Komisen rakan kongsi (40%): $10 × 40% = $4 USD
Maklumat Tambahan
Rakan kongsi akan menerima komisen penuh untuk semua akaun Copytrading.
Rakan kongsi boleh memantau rangkaian dan pendapatan komisen dalam Seksyen Laporan di Sejarah Ganjaran. Untuk maklumat lanjut mengenai cara menggunakan seksyen Laporan, sila rujuk Artikel Panduan Lengkap Seksyen Laporan dalam Ruang Rakan Kongsi.
Artikel lengkap ini akan membantu anda faham lebih jelas tentang cara pengiraan komisen rakan kongsi dan juga cara optimumkan pendapatan rakan kongsi berdasarkan pelbagai faktor seperti jenis akaun, instrumen kewangan dan volume dagangan.
