Halaman Statistik Prestasi dalam Ruang rakan kongsi JustMarkets direka untuk memberi anda gambaran terperinci mengenai prestasi pautan dan kempen IB anda.
Dengan menggunakan alat ini, anda boleh memantau metrik utama aktviti affiliate anda:
- Pantau bilangan klik dan pendaftaran untuk mengukur interaksi bersama audiens.
- Pantau pengesahan KYC dan deposit kali pertama untuk melihat berapa banyak pelanggan yang berubah status kepada trader aktif (convert). Analisis aktiviti dagangan, termasuk penggunaan akaun dagangan demo dan akaun sebenar, jumlah volume dagangan, dan keuntungan yang diperolehi daripada referral.
- Gunakan data ini untuk memantau prestasi, menambahbaik kempen anda, dan memaksimumkan keuntungan.
Pilihan Kumpulan
Untuk membantu anda menganalisis data dengan lebih baik, JustMarkets menawarkan kebolehan untuk mengumpulkan statistik mengikut pelbagai parameter. Aturkan data anda dengan berkesan melalui pilihan secara berkumpulan (grouping) mengikut jangka masa, lokasi geografi atau maklumat kempen.
Dengan mengumpulkan data anda, anda boleh mendapat gambaran yang lebih mendalam tentang prestasi indikator sekunder dalam 1 indikator utama, membantu anda mengenal pasti strategi yang berjaya dan bahagian-bahagian yang perlu ditambah baik. Sebagai contoh, anda boleh menganalisis keputusan negara-negara berbeza dalam masa 1 minggu atau kempen yang menunjukkan keberkesanan yang lebih baik di negara tertentu.
Pilihan Penapis
Halaman Statistik Prestasi juga menyediakan filter untuk membantu anda tumpukan pada tempoh masa tertentu, negara pelanggan atau kempen individu. Pilihan filter ini memudahkan anda mengenal pasti segmen yang berpotensi berdasarkan data.
Pilihan Eksport
Untuk memudahkan anda, semua data prestasi boleh dieksport dalam format CSV dan XLSX. Ciri ini membolehkan anda berkongsi data dengan kumpulan anda, menyepadukannya ke alat lain atau menjalankan analisis selanjutnya dengan mudah.
Dengan alat-alat komprehensif untuk kegunaan anda, anda boleh menjejak, menganalisis dan mengoptimumkan usaha pemasaran sendiri dengan cekap di JustMarkets. Mula manfaatkan gambaran hari ini untuk meningkatkan kempen anda dan mencapai kejayaan yang lebih besar.